Tuesday, 13 March 2018

Thursday, 30 March 2017

Kehangatan Kejohanan MSSD KMY 2017 kini bermula!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Kepada guru-guru daerah Kuala Muda Yan.

Sila rujuk menu diatas untuk jadual perlawanan dan maklumat penting untuk kejohanan MSSD KMY bagi tahun 2017.
 
1) Sila lengkapkan borang pendaftaran dan email ke caturkmy@gmail.com
2) Sukacita diingatkan pemain masih wajib menulis notasi catur 10 langkah pertama. Boleh rujuk posting sebelum ini untuk belajar bagaimana menulis notasi catur.

Jika ada sebarang masalah, sila hubungi saya

En Putra 0176263768
PTPS Catur KMY

Jumpa anda disana!

Monday, 4 April 2016

SEBARAN SEGERA! PERTUKARAN TEMPAT PERTANDINGAN MSSK (D) KMY 2016

 SEBARAN SEGERA  5 APRIL 2016
KEJOHANAN CATUR MSSK (D) KUALA MUDA YAN SEPATUTNYA BERLANGSUNG DI MRSM MERBOK TELAH DI TUKARKAN KE 

SMK MERBOK
 TARIKH TIDAK BERUBAH.

DENGAN INI
PENDAFTARAN UNTUK KEJOHANAN CATUR MSSK (D) TELAH DITUTUP. 

HARAP MAKLUM
017-6263768 (En Putra)

Saturday, 12 March 2016

Cara Menulis Notasi Catur

MSSD KMY Catur  mewajibkan semua pemain tahu menulis notasi sehingga 10 moves putih dan hitam. Tujuannya adalah untuk memudahkan jurulatih melatih pemain dan salah satu perkara penting untuk memajukan sukan catur. Mudah saja. Belajar bagaimana untuk menulis langkah demi langkah.

Langkah Demi Langkah

1. Kenal pasti Huruf Yang mewakili Buah Catur sebelum Menulis .

Pawn = tiada
King = K
Queen = Q
Rook = R
Bishop = B
Knight = N

2. Kenal pasti Simbol yang mewakili situasi

X = capture/ makan
0-0 = castling King Side
0-0-0 =castling Queen Side
+ = check
++ = checkmate
e.p. = en passant

3. Kenalpasti/Hafal Grid Papan Catur. Pelajar Perlu tahu nama setiap petak. Semua papan catur perlu ada nombor dan huruf bagi memudahkan pemain.



4. Cara tulis notasi ikuti video ini.



Selamat Mencuba!!

Monday, 29 February 2016

Notis Panggilan Mesyuarat Pengelolaan Catur MSSK (D) KMY 2016

Satu mesyuarat Pengelolaan Catur MSSD akan diadakan pada

Tarikh : 1 MAC 2016 (Selasa)
Masa : 2.30 PETANG
Tempat : Bilik Wawasan SMK Merbok

Semua wakil/penasihat catur sekolah daerah Kuala Muda Yan dijemput hadir.

Terima kasih.